Pages

Saturday 5 March 2011

ISTERIKU KUAT BERLETER...

kpd bakal2 suami & suami
tak lupa juga kpd isteri2 & bakal2 isteri..

Ada seorg suami yg hidupnya tertekan kerana isterinya kuat berleter. Setiap 
hari isterinya akan beleter tak kira masa. Balik kerja lambat 1/2 jam, 
berleter. Bangun tidur lewat, berleter. Rumah berselerak sikit, berleter.

Oleh kerana da tak tahan dgn leteran isterinya, si suami berjumpa dgn Hj. 
Ahmad, imam di kampungnya selepas Solat Jumaat. Hj. Ahmad ni memang terkenal 
dgn warak & kepandaiannya mengubat pelbagai penyakit.

Bila di ceritakan oleh si suami tentang perangai isterinya, Hj. Ahmad ni 
tersenyum & bagitau pd si suami.

'Betoi ka hang ni dah tak larat dengaq bini hang berletiaq?'

'Betoi haji. Saya minta tolong sgt pd pak haji ni'.

'Kalau macam tu, hang bagi ubat ni kat minuman bini hang, biaq dia tidoq lena. 
Lepas tu hang pi buang dia kat dlm 1 lubang yg dlm..'

'Itu saja ke haji?'

'Itu saja. Hang pi buatlah apa yg aku suruh. Tapi hang jgn menyesal di kemudian 
hari.'

'Terima kasihlah haji, tgklah nanti mcm mana'.

Si suami ni rasa tak tergamak nak buat apa yg Hj. Ahmad tu suruh. Tapi bila 
tiba di rumah saja, si isteri terus berleter..

'Orang lain pun sembahyang Jumaat juga tapi tak ada lah balik sampai lewat sgt. 
Awak ni merayau ke mana?. Lain kerja tak ada, asyik merayau, merayau, merayau. 
Cubalah ingat sikit org kat rumah ni.'

Oleh kerana tak tertahan dgn leteran si isterinya ni, si suami ni pun nekad nak 
buat apa yg Hj. Ahmad ajar pd dia tadi.

Waktu maghrib tu, lepas saja selesai sembahyang, si suami ni bancuhlah ubat yg 
di beri oleh Hj. Ahmad tu tadi. Dia pun beri kat isterinya. Si isterinya pun 
sambil mengambil air itu sempat lagi berleter, 'Ni buat-buat baik ni adalah 
sebabnya tu. Mesti ada hati nak tambah bini lagi. Tu yg konon-konon buat baik 
ni'.

Selesai saja minum air tu, si isteri terus tertidur tak sedarkan diri. Si suami 
pun angkat si isteri ni tadi & bawa ke belakang rumah. Di sana ada sebuah 
perigi buta yg dah 20 thn tak di gunakan.. Sampai kat perigi buta tu, si suami 
ni pun terus campak isterinya ke dlm. Si suami pun pulang ke rumah.

Keesokkan harinya, si suami ni rasa aman. Tak ada org berleter dia bangun 
lewat. Balik kerja pun tak ada org berleter. Dia rasa selesa duduk di rumah.

Masuk hari ke 2, si suami ni rasa lain macam. Rasa rindu pulak pd leteran 
isterinya. Dia da mula rasa gelisah. Sepjg hari tu asyik teringat aje pd 
isterinya. Masuk hari ke 3, si suami tahu dia tak boleh hidup tanpa isteri dia. 
Selepas saja solat Maghrib kat masjid, dia pun berjumpa dengan Hj. Ahmad.

'Haji, saya rasa menyesallah haji sebab buang isteri saya dulu. Blh tak saya 
dptkan balik isteri saya tu?'.

'Itulah hang. Aku dah bagitau kat hang. Kalau hang nak buat, jgn menyesal. Laa 
ni aku pun tak tau apa nasib bini hang. Aku nak tolong pun aku tak jamin bini 
hang selamat atau tak. Tapi hang blh pi cuba. Mlm ni juga, hang kena pi tempat 
hang buang bini hang tu, hang bawa sekali tali panjang. Hang campak tali tu 
masuk ke dlm lubang tempat hang buang bini hang, lepas tu hang selawat 3 kali. 
Lepas selawat 3 kali, hang tarik tali tu ke atas. Hang cuba 3 kali. Kalau lepas 
3 kali pun bini hang tak keluaq, maknanya bini hang dah mampuih la.'

Si suami pun tanpa berlengah terus balik ke rumah, ambil tali pjg & terus pergi 
ke perigi buta tempat dia mencampakkan isterinya 3 hari yg lepas.

Sampai saja di perigi buta tu, si suami tu terus mencampakkan tali ke dlm 
perigi buta tu. Selepas saja selawat 3 kali, si suami tu tariklah bini dia naik 
ke atas. Selepas habis tali tu di tarik ke atas, tiada isterinya keluar.

Si suami cuba buat kali yg ke 2. Kali ni dia selawat 7 kali pulak. Tapi 
usahanya masih hampa. Si suami ni pun mulai risau.'Dah mati ke bini aku ni?'

Si suami cuba buat kali yg ke 3. Kali ni dia selawat 11 kali. Bila di tarik 
tali tu ke atas, dia terasa berat. Hati si suami begitu gembira. Selepas habis 
tali tu di tarik ke atas, yg keluar dari perigi tu bukan isterinya tapi 1 
jembalang yg berbulu amat lebat.

'Siapa kau ni? Mana bini aku? Celaka lah kau kalau kau makan bini aku!'

Jawab si jembalang tu, 'Aku ni penunggu perigi buta ni. Dah bertahun aku duduk 
kat sini. Tapi sejak bini kau dtg,aku jadi tak senang duduk. Hari-hari, pagi, 
ptg, siang, mlm asyik berleter, berleter, berleter. Aku sampai naik berbulu 1 
badan. Aku dah tak tahan. Aku nak pindah perigi tempat lain. Kalau kau nak bini 
kau, kau ambillah dia kat bawah tu. Aku pun dah tak tahan lagi dah'.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.